.Life.: August 2013

Friday, August 2, 2013

Keep calm and happy eidul fitri


Assalamualaikum semua.

Diam diam, sekarang ni tinggal lagi beberapa hari je kite berpuasa dan solat terawih. Lagu raya pun dah mula berdendang di halwa telinga kita baik yang lama atau baru. Sekarang pun masing-masing tengah busy jahit baju, buat kuih, atau yang lebih mudah beli saja. Abis cerita kaan !

Macam keluarga aku kuih raya yang legend-legend tu buat la, yang lain kuih tunjuk jela. Selalunya kat rumah aku ni banyak kerepek takpun asam-asam. Kalau biskut raya ni sikit je takat 1,2 jenis je sebab rasanya ramai yang tak minat kuih manis-manis ni macam aku. Aku ni kurang sikit nak makan manis-manis kecuali kuih yang aku suka. Tapi aku ni suka makan asam-asam, lagi sedap. hihi

Okayy tu bercerita pasal kuih raya, persiapan baju raya pulak, tahun ini mak aku yang jahit baju. Nak tempah, semuanya tanak ambik. Mana taknye sebulan lagi nak puasa, semua tailor tanak ambik tempahan sebab dah melambak tempahan . Hmm, untuk tahun ni aku buat baju kurung johor je. Yelah sebagai orang johor yang budiman ni kan, mesti mengayakan baju kurung ala johor.Ceh bajet kau nak oi.

Lepastu bercerita pulak pasal kemas-kemas rumah, sekarang ni tak mula lagi. Selalunya malam raya tulah aku duk sibuk pasang langsir. bagai nak patah leher aku duk mendongak keatas. kalau satu layer tape jugak, ni yang berlayer-layer tu. Tapi raya punya pasal, aku lakukan jua dengan seluruh kudrat yang ada.
Okay tu cerita pasal raya.

Dalam masa yang sama aku jugak kene buat persediaan nak masuk universiti. selesaikan la mana yang penting, yang kene ambil masa nak siapkan. Yang selebih tu mungkin lepas raya kot.
Apapun raya lah didahulukan selebihnya tu nanti la kita kasi settle.

Lastly..


okay, aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya buat kawan-kawan nun jauh disana. Jaga diri time raya ni, jangan main mercun, kang babap kang ! Raya datangla rumah :) 
okay jumpa lagi di entry akan datang, kalau ada lah.Sekian dari H. XOXO. publish !psst.. cantik tak blog raya aku? credit tu my adik 
 
© THIS IS YOURS!