.Life.: 2013

Friday, August 2, 2013

Keep calm and happy eidul fitri


Assalamualaikum semua.

Diam diam, sekarang ni tinggal lagi beberapa hari je kite berpuasa dan solat terawih. Lagu raya pun dah mula berdendang di halwa telinga kita baik yang lama atau baru. Sekarang pun masing-masing tengah busy jahit baju, buat kuih, atau yang lebih mudah beli saja. Abis cerita kaan !

Macam keluarga aku kuih raya yang legend-legend tu buat la, yang lain kuih tunjuk jela. Selalunya kat rumah aku ni banyak kerepek takpun asam-asam. Kalau biskut raya ni sikit je takat 1,2 jenis je sebab rasanya ramai yang tak minat kuih manis-manis ni macam aku. Aku ni kurang sikit nak makan manis-manis kecuali kuih yang aku suka. Tapi aku ni suka makan asam-asam, lagi sedap. hihi

Okayy tu bercerita pasal kuih raya, persiapan baju raya pulak, tahun ini mak aku yang jahit baju. Nak tempah, semuanya tanak ambik. Mana taknye sebulan lagi nak puasa, semua tailor tanak ambik tempahan sebab dah melambak tempahan . Hmm, untuk tahun ni aku buat baju kurung johor je. Yelah sebagai orang johor yang budiman ni kan, mesti mengayakan baju kurung ala johor.Ceh bajet kau nak oi.

Lepastu bercerita pulak pasal kemas-kemas rumah, sekarang ni tak mula lagi. Selalunya malam raya tulah aku duk sibuk pasang langsir. bagai nak patah leher aku duk mendongak keatas. kalau satu layer tape jugak, ni yang berlayer-layer tu. Tapi raya punya pasal, aku lakukan jua dengan seluruh kudrat yang ada.
Okay tu cerita pasal raya.

Dalam masa yang sama aku jugak kene buat persediaan nak masuk universiti. selesaikan la mana yang penting, yang kene ambil masa nak siapkan. Yang selebih tu mungkin lepas raya kot.
Apapun raya lah didahulukan selebihnya tu nanti la kita kasi settle.

Lastly..


okay, aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya buat kawan-kawan nun jauh disana. Jaga diri time raya ni, jangan main mercun, kang babap kang ! Raya datangla rumah :) 
okay jumpa lagi di entry akan datang, kalau ada lah.Sekian dari H. XOXO. publish !psst.. cantik tak blog raya aku? credit tu my adik 

Monday, July 22, 2013

Alhamdulillah.Rezeki.

hyeee. comel tak saya?



Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

motif gambar nak bagitau saya suka kat karakter minion ni. Ada sesiapa yang sudi untuk belikan saya patung Minion ni. Angkat tangan ! hehe

okay, sebenarnya saya nak kongsikan berita gembira bahawasanya saya berjaya menyambung pelajaran ke peringkat degree . Say Alhamdulillah. Amin.

Berdasarkan keputusan akhir saya di matrik, saya dapat sambung di UPM untuk kos kimia industri. so, saya adalah student kimia industri la lepasni.hehehe.
Perasaan saat nak tunggu sambung belajar ni haruslah excited sebab saya dapat belajar dalam bidang kimia, takut sebab nak belajar kat tempat baru,dan sedih sebab dah nak abis cuti panjang ku. Ohh tidakkkk*nangis guling-guling :p
Dan berita paling sedih bila S dapat kat Uitm arau,perlis. Bila dapat tau, rasa macam jauhnyaaa. Baru nak feel-feel dapat belajar dekat ngan dia. Dahla rumah jauh-jauh, ni tempat belajar pun jauh-jauh. sobs sobs :(

So, harapan saya kawan-kawan, reader(s) sudi lah mendoakan kejayaan saya dan rakan seperjuangan saya.
Tahniah juga buat kawan-kawan yang berjaya untuk sambung degree dalam kos yang korang impikan. Teruskan usaha ok. After 3,4 years, kita jumpa la balik. Rindu KMJ T.T

ok sekian itu saja,
Selamat berpuasa .


Monday, July 8, 2013

Salam Ramadhan buat semua

Assalamualaikum


Harini terasa rajin pula nak update blog. hehe. so, hana ambil masa untuk mengucapkan salam ramadhan untuk semua umat islam diseluruh dunia. Puasa betul-betul ye. 

Semoga Ramadhan kalini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mungkin akan menjadi ramadhan yang terakhir, siapa yang tahu kan. Jom sama-sama kita ambil kesempatan ni untuk buat amal sebanyak mana yang boleh dan secara automatiknya bole perbaiki diri kita. Kan, betul tak?

refresh balik pada siapa yang terlupa




So, selamat berpuasa semuanyaa :)

Wednesday, June 26, 2013

BIASISWA DI MALAYSIA

Assalamualaikum



 Harini aku nak share berkaitan dengan biasiswa yang baru aku tahu kewujudannya.Btw,sekarang ni aku dah habis matrik, jadinya aku tengah sibukla usha biasiswa yang layak untuk aku apply untuk menampung diriku masa degree nanti. Tapi biasiswa ni kawan aku yang cadangkan. So, aku dengan bebesar hatinya nak share dekat follower(s) aku yang sedang-sedang mencari  biasiswa jugak.Kalau korang nak cuba apply korang boleh klik dekat SINI. Dan biasiswa ni mula pada 25/6 sehingalah 3/7. so, cepat tau. jangan tangguh-tangguh.

Tapi, alkisahnya kawan-kawan.
Aku sedih sebab aku tak layak pon. Huwaaaaaaaaaaaaaaa*nangis guling-guling. Ini disebabkan .......

Ohh SPM, MINIMUM 5A okaaaay -____-


SPM aku tak cukuppp A. Hmm, kebanyakannya aku sangkut kat SPM. Haa, tulaa masa SPM belaja main-main. Kan dah, padan muka aku. *mara diri sendirikehapani.So, penutupnyaaa, Hargailah masa Form 5 anda ye adik-adik :) 

Sekian. Wassalam.Thanks for reading.Peace





Tuesday, May 28, 2013

Memories

Assalamualaikum

Hai you olsss selamat malam.

Malam ni aku nak tulis pasal apa ek? Emm, nak tau tak. Diam tak diam sekarang ni Dah nak sebulan aku tinggalkan dunia matrik. Huuuuh cepat betul masa berlalu. Dan dalam masa yang sama RESULT aku pun dah nak dekat keluar. tidaaaaakkkkkkkkkkkk.Perasaan yang bercampur baur dah mula la datang memikir ape rupaaa result aku. walaupun campur kalini aku dah hadapinya 7 kali, tapi takut tu mesti ada. 
Btw, ini akan termasuk untuk keseluruhan cgpa aku. kalau sem ni turun, turunla aku punya keseluruhan cgpa dan begitulah sebaliknya. Dan dan keseluruhan cgpa aku tu , aku guna untuk menempatkan kedudukan aku masa degree nanti. Hmm cuakk.Tapi aku berharap. setiap manusia ,ada rezeki masing-masing yang dikurniakan Allah, Insha Allah. Berserah dan redha, yaa dan itulah yang terbaik untuk masa genting ni. *lagi 7hari lagi -___-

Dalam masa 28 hari aku kat rumah ni, kerjanya asyik makan. Kat rumah ni sangat heaven tau tak. Mana taknya ape yang aku rasa nak makan, bagitau mak aku je. Haaa, dah dapat. Mak aku masakkan semua keinginan. Aku pon dah macam pou(tau tak game yang terhangat sekarang.). Sampaikan mak aku cakap, nanti apa lagi lah dia nak makan. Hohoho. hormone dopamine aku berfungsi dengan baik.*hormone dopamine membawa perasaan yang gembira :). Muka bahagia !

Daaaaaan dalam masa yang sama aku rindu zaman matrik aku. Hmm, sekararang ini kepada adik-adik yang dapat masuk matrik tu, dah mula mendaftarkan diri. Daaan tahniah kepada adik-adik yang dapat kat Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) ,tak kisahla sama ada program satu tahun atau dua tahun. Belajar betul-betul yeee :) Usaha dan terus usaha dan jangan mudah mengalah. Matrik kalau kita belajar betul-betul dan ikhlas , Insha Allah , Allah permudahkanla segalanya. Percayala :)

PDT 2012/2013
Kami Terbaekkkkkk. chilll
Batch pertama Program Dua tahun untuk 4 sem.

Kawan sampai bila-bila.
Haa, selepuk muka :P
Sekian sahaja untuk malam ni. Bye. Salam :)

Wednesday, May 8, 2013

INTRO SAJA-SAJA .^____^

ASSALAMUALAIKUM

Haiiii. peacee 

comel tak tempat chat saya? macam tuannye. ekeke

sebenarnya saja nak try post entry sebab dah lama tak post. Haiii, sekarang saya sudah kembali semula. rindu mahu update blog.Alhamdulillah syukur sebab saya dah abis matrik. hooreeeyyyy,sekarang tengah cuti panjang. nantikan cerita sepanjang saya di matrik. huhu.

Rinduuu uolllssss. rindu kawan-kawan,pensyarah, makguard,pakguard semua bangunan matrik daaannnn yang paling penting, rindu gila dekat MR.S *bukan superman tau (ehemmm...ehem.. saya dah berpunya. huahuahuahua :p )

 
© THIS IS YOURS!