.Life.: Memories

Tuesday, May 28, 2013

Memories

Assalamualaikum

Hai you olsss selamat malam.

Malam ni aku nak tulis pasal apa ek? Emm, nak tau tak. Diam tak diam sekarang ni Dah nak sebulan aku tinggalkan dunia matrik. Huuuuh cepat betul masa berlalu. Dan dalam masa yang sama RESULT aku pun dah nak dekat keluar. tidaaaaakkkkkkkkkkkk.Perasaan yang bercampur baur dah mula la datang memikir ape rupaaa result aku. walaupun campur kalini aku dah hadapinya 7 kali, tapi takut tu mesti ada. 
Btw, ini akan termasuk untuk keseluruhan cgpa aku. kalau sem ni turun, turunla aku punya keseluruhan cgpa dan begitulah sebaliknya. Dan dan keseluruhan cgpa aku tu , aku guna untuk menempatkan kedudukan aku masa degree nanti. Hmm cuakk.Tapi aku berharap. setiap manusia ,ada rezeki masing-masing yang dikurniakan Allah, Insha Allah. Berserah dan redha, yaa dan itulah yang terbaik untuk masa genting ni. *lagi 7hari lagi -___-

Dalam masa 28 hari aku kat rumah ni, kerjanya asyik makan. Kat rumah ni sangat heaven tau tak. Mana taknya ape yang aku rasa nak makan, bagitau mak aku je. Haaa, dah dapat. Mak aku masakkan semua keinginan. Aku pon dah macam pou(tau tak game yang terhangat sekarang.). Sampaikan mak aku cakap, nanti apa lagi lah dia nak makan. Hohoho. hormone dopamine aku berfungsi dengan baik.*hormone dopamine membawa perasaan yang gembira :). Muka bahagia !

Daaaaaan dalam masa yang sama aku rindu zaman matrik aku. Hmm, sekararang ini kepada adik-adik yang dapat masuk matrik tu, dah mula mendaftarkan diri. Daaan tahniah kepada adik-adik yang dapat kat Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) ,tak kisahla sama ada program satu tahun atau dua tahun. Belajar betul-betul yeee :) Usaha dan terus usaha dan jangan mudah mengalah. Matrik kalau kita belajar betul-betul dan ikhlas , Insha Allah , Allah permudahkanla segalanya. Percayala :)

PDT 2012/2013
Kami Terbaekkkkkk. chilll
Batch pertama Program Dua tahun untuk 4 sem.

Kawan sampai bila-bila.
Haa, selepuk muka :P
Sekian sahaja untuk malam ni. Bye. Salam :)

No comments:

 
© THIS IS YOURS!