.Life.

Friday, August 2, 2013

Keep calm and happy eidul fitri


Assalamualaikum semua.

Diam diam, sekarang ni tinggal lagi beberapa hari je kite berpuasa dan solat terawih. Lagu raya pun dah mula berdendang di halwa telinga kita baik yang lama atau baru. Sekarang pun masing-masing tengah busy jahit baju, buat kuih, atau yang lebih mudah beli saja. Abis cerita kaan !

Macam keluarga aku kuih raya yang legend-legend tu buat la, yang lain kuih tunjuk jela. Selalunya kat rumah aku ni banyak kerepek takpun asam-asam. Kalau biskut raya ni sikit je takat 1,2 jenis je sebab rasanya ramai yang tak minat kuih manis-manis ni macam aku. Aku ni kurang sikit nak makan manis-manis kecuali kuih yang aku suka. Tapi aku ni suka makan asam-asam, lagi sedap. hihi

Okayy tu bercerita pasal kuih raya, persiapan baju raya pulak, tahun ini mak aku yang jahit baju. Nak tempah, semuanya tanak ambik. Mana taknye sebulan lagi nak puasa, semua tailor tanak ambik tempahan sebab dah melambak tempahan . Hmm, untuk tahun ni aku buat baju kurung johor je. Yelah sebagai orang johor yang budiman ni kan, mesti mengayakan baju kurung ala johor.Ceh bajet kau nak oi.

Lepastu bercerita pulak pasal kemas-kemas rumah, sekarang ni tak mula lagi. Selalunya malam raya tulah aku duk sibuk pasang langsir. bagai nak patah leher aku duk mendongak keatas. kalau satu layer tape jugak, ni yang berlayer-layer tu. Tapi raya punya pasal, aku lakukan jua dengan seluruh kudrat yang ada.
Okay tu cerita pasal raya.

Dalam masa yang sama aku jugak kene buat persediaan nak masuk universiti. selesaikan la mana yang penting, yang kene ambil masa nak siapkan. Yang selebih tu mungkin lepas raya kot.
Apapun raya lah didahulukan selebihnya tu nanti la kita kasi settle.

Lastly..


okay, aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya buat kawan-kawan nun jauh disana. Jaga diri time raya ni, jangan main mercun, kang babap kang ! Raya datangla rumah :) 
okay jumpa lagi di entry akan datang, kalau ada lah.Sekian dari H. XOXO. publish !psst.. cantik tak blog raya aku? credit tu my adik 

Monday, July 22, 2013

Alhamdulillah.Rezeki.

hyeee. comel tak saya?



Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

motif gambar nak bagitau saya suka kat karakter minion ni. Ada sesiapa yang sudi untuk belikan saya patung Minion ni. Angkat tangan ! hehe

okay, sebenarnya saya nak kongsikan berita gembira bahawasanya saya berjaya menyambung pelajaran ke peringkat degree . Say Alhamdulillah. Amin.

Berdasarkan keputusan akhir saya di matrik, saya dapat sambung di UPM untuk kos kimia industri. so, saya adalah student kimia industri la lepasni.hehehe.
Perasaan saat nak tunggu sambung belajar ni haruslah excited sebab saya dapat belajar dalam bidang kimia, takut sebab nak belajar kat tempat baru,dan sedih sebab dah nak abis cuti panjang ku. Ohh tidakkkk*nangis guling-guling :p
Dan berita paling sedih bila S dapat kat Uitm arau,perlis. Bila dapat tau, rasa macam jauhnyaaa. Baru nak feel-feel dapat belajar dekat ngan dia. Dahla rumah jauh-jauh, ni tempat belajar pun jauh-jauh. sobs sobs :(

So, harapan saya kawan-kawan, reader(s) sudi lah mendoakan kejayaan saya dan rakan seperjuangan saya.
Tahniah juga buat kawan-kawan yang berjaya untuk sambung degree dalam kos yang korang impikan. Teruskan usaha ok. After 3,4 years, kita jumpa la balik. Rindu KMJ T.T

ok sekian itu saja,
Selamat berpuasa .


Monday, July 8, 2013

Salam Ramadhan buat semua

Assalamualaikum


Harini terasa rajin pula nak update blog. hehe. so, hana ambil masa untuk mengucapkan salam ramadhan untuk semua umat islam diseluruh dunia. Puasa betul-betul ye. 

Semoga Ramadhan kalini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mungkin akan menjadi ramadhan yang terakhir, siapa yang tahu kan. Jom sama-sama kita ambil kesempatan ni untuk buat amal sebanyak mana yang boleh dan secara automatiknya bole perbaiki diri kita. Kan, betul tak?

refresh balik pada siapa yang terlupa




So, selamat berpuasa semuanyaa :)

Wednesday, June 26, 2013

BIASISWA DI MALAYSIA

Assalamualaikum



 Harini aku nak share berkaitan dengan biasiswa yang baru aku tahu kewujudannya.Btw,sekarang ni aku dah habis matrik, jadinya aku tengah sibukla usha biasiswa yang layak untuk aku apply untuk menampung diriku masa degree nanti. Tapi biasiswa ni kawan aku yang cadangkan. So, aku dengan bebesar hatinya nak share dekat follower(s) aku yang sedang-sedang mencari  biasiswa jugak.Kalau korang nak cuba apply korang boleh klik dekat SINI. Dan biasiswa ni mula pada 25/6 sehingalah 3/7. so, cepat tau. jangan tangguh-tangguh.

Tapi, alkisahnya kawan-kawan.
Aku sedih sebab aku tak layak pon. Huwaaaaaaaaaaaaaaa*nangis guling-guling. Ini disebabkan .......

Ohh SPM, MINIMUM 5A okaaaay -____-


SPM aku tak cukuppp A. Hmm, kebanyakannya aku sangkut kat SPM. Haa, tulaa masa SPM belaja main-main. Kan dah, padan muka aku. *mara diri sendirikehapani.So, penutupnyaaa, Hargailah masa Form 5 anda ye adik-adik :) 

Sekian. Wassalam.Thanks for reading.Peace





Tuesday, May 28, 2013

Memories

Assalamualaikum

Hai you olsss selamat malam.

Malam ni aku nak tulis pasal apa ek? Emm, nak tau tak. Diam tak diam sekarang ni Dah nak sebulan aku tinggalkan dunia matrik. Huuuuh cepat betul masa berlalu. Dan dalam masa yang sama RESULT aku pun dah nak dekat keluar. tidaaaaakkkkkkkkkkkk.Perasaan yang bercampur baur dah mula la datang memikir ape rupaaa result aku. walaupun campur kalini aku dah hadapinya 7 kali, tapi takut tu mesti ada. 
Btw, ini akan termasuk untuk keseluruhan cgpa aku. kalau sem ni turun, turunla aku punya keseluruhan cgpa dan begitulah sebaliknya. Dan dan keseluruhan cgpa aku tu , aku guna untuk menempatkan kedudukan aku masa degree nanti. Hmm cuakk.Tapi aku berharap. setiap manusia ,ada rezeki masing-masing yang dikurniakan Allah, Insha Allah. Berserah dan redha, yaa dan itulah yang terbaik untuk masa genting ni. *lagi 7hari lagi -___-

Dalam masa 28 hari aku kat rumah ni, kerjanya asyik makan. Kat rumah ni sangat heaven tau tak. Mana taknya ape yang aku rasa nak makan, bagitau mak aku je. Haaa, dah dapat. Mak aku masakkan semua keinginan. Aku pon dah macam pou(tau tak game yang terhangat sekarang.). Sampaikan mak aku cakap, nanti apa lagi lah dia nak makan. Hohoho. hormone dopamine aku berfungsi dengan baik.*hormone dopamine membawa perasaan yang gembira :). Muka bahagia !

Daaaaaan dalam masa yang sama aku rindu zaman matrik aku. Hmm, sekararang ini kepada adik-adik yang dapat masuk matrik tu, dah mula mendaftarkan diri. Daaan tahniah kepada adik-adik yang dapat kat Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) ,tak kisahla sama ada program satu tahun atau dua tahun. Belajar betul-betul yeee :) Usaha dan terus usaha dan jangan mudah mengalah. Matrik kalau kita belajar betul-betul dan ikhlas , Insha Allah , Allah permudahkanla segalanya. Percayala :)

PDT 2012/2013
Kami Terbaekkkkkk. chilll
Batch pertama Program Dua tahun untuk 4 sem.

Kawan sampai bila-bila.
Haa, selepuk muka :P
Sekian sahaja untuk malam ni. Bye. Salam :)

Wednesday, May 8, 2013

INTRO SAJA-SAJA .^____^

ASSALAMUALAIKUM

Haiiii. peacee 

comel tak tempat chat saya? macam tuannye. ekeke

sebenarnya saja nak try post entry sebab dah lama tak post. Haiii, sekarang saya sudah kembali semula. rindu mahu update blog.Alhamdulillah syukur sebab saya dah abis matrik. hooreeeyyyy,sekarang tengah cuti panjang. nantikan cerita sepanjang saya di matrik. huhu.

Rinduuu uolllssss. rindu kawan-kawan,pensyarah, makguard,pakguard semua bangunan matrik daaannnn yang paling penting, rindu gila dekat MR.S *bukan superman tau (ehemmm...ehem.. saya dah berpunya. huahuahuahua :p )

Saturday, May 5, 2012

semester breaksssss

ASSALAMUALAIKUM

hallo semua :) wahhh setelah berbulan-bulan aku tak on blogger nie. dah jadi lain pon. first time tengok rasa macam terkedek-kedek jugak nak update blog. mood harini membuatkan aku rase ingin membebel di pagi hari yang menghampiri tengahari. HOHO

actually, sekarang aku tengah cuti sem yang kedua. alhamdulillah sudah 5 hari aku ada kat rumah yg dikasihi dan dirindui . HEHE. aku dapat cuti sebulan before naik ke sem 3. kekadang boring jugak duduk rumah lama-lama ni kalau tiada aktiviti nak buat. aktiviti aku ape je. setakat kemas rumah dipagi hari, then makan je yang banyak. mane tak tough aku jadinya. KUANGKUANG. =='

bila dah ade kat rumah ni, rasa nak pergi class hari-hari, study, buat homework. tapi nanti bila class da start rase nak cuti panjang. HAHAHA. manusia sentiasa tak pernah rasa cukup macam aku (oke macam tengah kutuk diri sendiri =='). aku rasa aku nak busy kan diri biar aku tak rasa nak pikir benda-benda yang tak penting. pikir study je. HOHO .  tak sabar rasanya nak naik sem 3 . haa nampak tak semanagat aku. kihkih.

nak keluar dengan teman lama pon, ada yang tak cuti lagi. so kene tunggu la sampai semuanya dah cuti, nanti ada pula yang berkecil hati. hoho. biasalah tu kan. 

so, apa plan korang yang sedang bercuti?  selamat bercuti sem saya ucapkan :)


kita rindu awak.
awak tak rindu kita? kbai

 

Friday, January 27, 2012

UNTITTLED :)

assalamualaikum :)
 
selamat pagi buat semua reader(S) ;)
mulakan pagi anda dengan senyuman adalah petua awet muda. jadi senyum senyum dan terus senyum. hehehe ^^
sekarang aku berada dirumah yang tercinta tapi petang nanti dah kene balik matrik ==' okeee tabah ! abis cuti ini je aku akan menghadapi UPS(ujian petengahan semester) doakan saya ye wahai reader(S) yang baik hati. terima kasih :)
 
 
#alhamdulillah saya bahagia sekarang , thanks to ALLAH :)

Monday, December 26, 2011

assalamualaikum
salam satu malaysia :)

selamat pagi untuk semuaaa reader(s). ehem ehem, dah lama tidak update blog ni sebab aku sangat busy menjadi seorang pelajar matrik. sekarang ni, aku dah pun masuk sem2. ade lagi dua sem aku perlu hadapi. fuhhh, masa berlalu dengan singkat. sabar :D

isnin, merupakan cuti singkat ku telah tamat. so, perlu pack barang untuk pulang ke KMJ yang ku cintai. bye kawan-kawan.

keluar dengan mereka bagai nak patah kaki. 
yang lain tuu sila jangan terasa hati ye. 
cuma kekurangan kedit untuk contact korang
maaf ye >.<
sayang korang :)

Friday, November 18, 2011

WELCOME TO NEW SEMESTER :D

assalamualaikum, hai semua :D sehubung dengan keadaan cuaca yang tidak selalu cerah. diharapkan semuanya didalam keadaan sihat walafiat. kepada mahasiswa dan mahasiswi tu jangan main hujan dengan niat akan mendapat cuti lebih. ohh tidak sama sekali.

nampaknya pada malam ini aku sangat bosan dan kelihatan 'mukabuku' tidak menarik kerana rakan-rakan sudah balik ke kolej masing-masing. Mr.A pun dah tidur. barangkali penat berjalan jauh ke kelantan. semoga awak dapat mimpi yang indah dan semoga selamat sampai ke kelantan. hehe :D

nampaknya cuti semester 1 aku hampir berakhir dan aku akan kembali ke kolej matrikulasi johor untuk meneruskan cita-citaku. actually, aku balik matrik ahad ni. walaupun berat kaki melangkah bukan kerana aku dah gemuk, tapi kerana terlalu sayang, rindu,kasih ingin meninggalkan segala memori-cuti-ku dirumah +___+

so, aku akan kembali passive dalam dunia blogger dan mukabuku. kawan-kawan, doakan la ye aku terus maju untuk semester yang kedua ni. sila lah rindu aku ye :)


lastly, sekian terima kasih .selamat malam kawan-kawan :D


goodluck kepada semua yang mengambil MUET 
pada hari esok. all the best :D
tadi saya keluar nampak Mr. A, dia dah gemuk.
senang hati barangkali  ;)


Sunday, November 13, 2011

GEMUK bukan penghalang untuk menuju KEJAYAAN !

assalamualikum semua ;)


comel tak adek kita?


rock tak kita? hihi
*kita da gemuk kan? =='



#motif gambar : TIADA. 

firstly , tadi aku pergi ikut mak ayah aku pergi muar disebabkan ada kenduri kahwin. yelaaaa, time ni lah aku kene datang kenduri kahwin orang. so, masa aku kahwin nanti barulah ramai yang nak datang. waaah, mesti meriah kan. hihi ^^ *berangan =='


yang kedua, aku nak ucapkan 'goodluck and all the best' buat adik yang aku sayang , muhammad zarul bin zainal dan semua adik-adik yang akan menduduki SPM hari isnin ini.akak harap kamu semua dapat buat yang terbaik :) banyak berdoa dan usaha. usaha kan tanda kejayaan. tapi disebalik kejayaan ituu mestilah ada DOA :) barulaah cukup. betol tak? 

sekian wassalam :)

selamat malam buat semua pembaca blog ini ;)

makan pisang goreng sebelum tidur,gemuk tak?




Friday, November 11, 2011







sweet tak saya ngan mak saya? hihi
i luvvyouuu, mum :*

masa cuti ni la nak manja -manja ngan mak.
kalau dah balik kolej, nanti rinduuu :D





#ohh so sweet like you, my sweetheart 

falling in love memang  best,
tapi kalau heartbroken, oh men =='
saje nak feeling-2 #kbai

Thursday, November 10, 2011

sambungan meet them ;)

Assalamualaikum semua :)

K.A.M.I. weee~

pertamanya, tajuk tak bole bla. okaay nak cerita semalam aku keluar dengan kawan-kawan masa kecik-kecik dulu.hee, comel tak? *ngehngeh. keluar tengahari balik pukul lima petang. psst. psst. ayah aku yang jemput aku balik dari bandar. comel tak? hehe ^^*perasan 

sambung cerita, tempat pertama yang kami semua pergi adalah kedai menjual makanan. lagipun da tengahari. memang sangat lapar pada masa itu. pergi kluang mall and tak tahu nak makan kat mana. akhirnya masing-masing decide nak makan kat chicken rice shop sebab kebetulan kami semua sudah pon berdiri didepan CRS. malas nak pkir dan terus masuk. masing-masing order makanan sendiri. dan lagi satu syue kawan kami mahu sambut hari jadinya yang ke-18 tahun. sudah besarkan kami? hihi><
licin pinggan.
ituu tandanya kami lapar :)


syue kawan kami yang cukup umur
tapi macam tak cukup je.
kehkeh *gurau

kami ada macam lanun tak ?
tak matang ><

               
bil dah sampai~
bagi aku, macam murah :)

walaupon kami sudah besar tapi kami still lagi layan permainan yang digemari oleh kanak-kanak. lepas perut dah kenyang, solat dulu then baru meneruskan plan yang kedua iaitu main bumper car ! ohh menn. my favourite oke :) sangat seronok men langgar-langgar dan jerit-jerit macam anak tekak hampir tekeluar. takot tak? lain hari mahu main lagi :) huhu


plan seterusnya , kami pergi bermain bowling. ohh yang ini pon favourite aku juga. main satu game empat nama. masa pertama, macam bes . bola asyik kne pin je. tapi bila dah nak abis tu, bola buat hal atau aku yang spoil tangan pengkor (senget) sebab bola asyik masuk longkang je. aduuh ! tension kot. pada akhirnya aku kalah satu mata ngan kawan aku. oh men, ni yang frust ni. tapi sangat seronok :)
#umur tidak menghalalkan cara
sedutan movie NURKASIH.
kehkeh

 
ingat takut?
#langsung tak. kbai !

da cukup gangster letuww
#kak yong lagi gangster oke :P

bila kak yong dah marah,
lubang hidung orang pon jadi kene tembak !
kehkeh :D

dan plan seterusnya , apa lagi. balik rumah masing-masing . totally semalam seronok wooo. ramai jugak yang datang. happening gitu bak kata omputih ^^. tapi balik rumah je, kepala aku start pening macam hape. kebarangkalian suasana yang agak panas buat aku pening >< 

okaaay itu sahaja. kbai :)

tulis entry sambil minum ABC 123:) 
sangat awesome !

p/s :: dian awak jangan  merajuk tau, nanti bebile kita kuar lagi k
gudluck exam :)

Wednesday, November 9, 2011

meet them :)

assalamualaikum semuaa :)

goodmorning peeps .

jalan-jalan cuci mata,
jumpa kawan lama,
shopping* maybe

AWESOME
kbai :)


Monday, November 7, 2011

away . .

assalamualaikum :)

AWAK ada dia.
so, TADE sebab saya nak tunggu awak lagikan

okbye!







putuscintakah? huahuahua  =='

Friday, November 4, 2011

balik cuti :)

assalamualaikum semua ;)


apa khabar semua? harap semua sihat yee, maaf setelah sekian lama tidak mengupdate blog ni, sebab sangat sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar. now, barulah aku dapat cuti sem walaupon dua minggu je. tapi alhamdulillah akhirnya dapan juga spend time ngan family tersayang ;) sekarang ni aku da lepas sem 1. sangat sekejap masa berlalu. 

aku pun baru je abis final exam. soalan-soalan yang betul-betul menguji tahap  kepandaian aku. fuhh, memang sangat lega bila exam dah abis. so, sekarang ni tugas aku untuk menunggu pakcik posmen datang ke rumah untuk membawa result aku yang aku sendiri pun tatau bagaimana rupanya. harap-harap semuanya akan ok ><

lastly, aku nak ucapkan 

selamat menyambut 
hari raya aidiladha 


Sunday, August 21, 2011

CUTI HARI RAYA SUDAH BERMULAA ♥

ASSALAMUALAIKUM

hai hai. harini aku dah pun berada dirumah sempena cuti rayaa. haa, awal kan?aku dapat cuti awal sebab matrik aku dia gabungkan sekali cuti mid sem aku ngn cuti balik raya. bagi kawan-kawanku yang belum cuti tuu, korang bersabar la yer. seminggu je lagi. 


btw, semalam penat sangat dok tunggu bus kluang tak smpai-sampai. cuaca boleh tahan panas. kekadang tu ade jugak rasa macam nak terbakar plus pitam. tapi dalam dalam kepenatan tuu, of course laa rase seronok dan tak sabar-sabar nak balik rumaaah. hahaha


seminggu sebelum balik tu, seriously aku rasa macam mood study dah hilang. tapi nasib baik la tak hilang sepenuhnya. sebab memang asyik pikir nak balik je. asyik begambar je sana sini dengan kawan-kawan praktikum aku yang cool. lecture aku kat sana pon memang da paham laa. masing-masing cakap jiwe kiteorang dah ada kat rumah. boleh dikatakan setiap hari aku ngan roomate aku bukak lagu raya. takpun bukak radio then tunggu lagu raya. haaa, semangat giler nak raya. classmate aku pulak masing-masing semangat nak bluetooth lagu raya. haaaa, nampak tak semangat raya kami disituu :P bila tiba je hari jumaat, masing-masing tak sabar nak habis kelas awal. hari khamis aku da siap-siap packing supaya tade barang yang tertinggal. dan aku bersyukur, cuti kalini assigment tidak terlalu banyak. so, dapat la rehat secukupnyaa dekat rumaah :)


taknak cakap banyak, tengokla gamba-gamba kat bawah ni ♥



kawan-kawan praktikum saya.
semuaaa omel-omel ♥


kawan-kawan saya
yang cool :)♥

 
time for class +___+

 balik raya ♥



okey ituuu sahaja
sekiaan :)

Sunday, July 31, 2011

PUASA DATANG LAGI :)

ASSALAMUALAIKUM

disini saya ingin mngucapakan
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SELAMAT BERPUASA

kepada seluruh umat islam. 
semoga ramadhan kalini adalah lebih baik baik dari
sebelum-sebelumnye.


: hidung oh hidung cepatla  kamu baik daripada selsema ni.
saya tidak snggup lagi menahannye =='
kawan kawan doakan saya cepat sembuhh ye :)
terima kasih  

Saturday, July 30, 2011

KISAH BARU SAYA DI KMJ ♥

ASSALAMUALAIKUM

hye hye, rnduu aku tak? memang dah lame aku tak update kan. ni nak bgtau aku sekarang da sambung stdy kat matrik johor aka KMJ. maaf sbab ta dapat buat entry utk msok kmj ni sbab aku masuk pun scara tetibee. da ta smpat daa nak update blog bagai. 

Da dua bulan aku kat KMJ dan sekarang aku kat rumaaah. tapi ahad nanti da kne balik smula kat KMJ. ni cuma cuti untuk hilangkan rindu kat family and rumah. bak kate orang putih 'HOME SWEET HOME' hihihi. rasee bhgia sangat bilee ade kat uma. tapi yang tak bahagia nye assigment belambak. ==' btw, mnggu dpan aku dah ada ujian pertengahan semesta.ohhh sangat takut. doakan saya yee. terima kasihh

totally sangat seronok study kat KMJ. dapaat ramai kawan-kawan yang series bes ! aku dapat roomate yang bole layaan perangai masing-masing. aku pon  dapat kawan kawan praktikum yang happening. kat matrik, kelas namenye praktikum. aku dapat sains untuk program yang dua tahun punye.untuk sem 1 ni aku ade 5 subjek. aku ambik bi,kimia,biology,mathematic dan sains komputer. bagi aku, ok laa masa pembelajaran aku untuk program dua tahun ni. tak terlalu cepat. so, sape yang rase matrik tu susah, silalah tukar pandangan anda. sebenarnya matrik ni bes. :) *promote la pulaak kan.hihi. bak kata orang orang tua cakap, tadee yang senang kat dalam dunia ni. pucuk pangkalnyee ialah usaha ! kankan.betol tak ~


cerita pasal makanan kat KMJ bolee tahan sedap jugak. tapi kat sana aku makan nasi sekali sehari je tau. ade potensi ni untuk kuruskan. hihi. berat aku pon da turun.alhamdulillah~ heaven sangat bile berat da turun . huhu :) bilik kat KMJ ni pon ok gak.1 bilik 4 orang, tapi bilik aku ade 3 orang je sebab lagi sorang tuu da pindah masuk PPUM.


ok ituu sajeeee untuk kali ni.nanti aku ceritee lagi ok.thanks sebab sudii follow blog aku.nanti aku akan follow korang balik. maaf lambat follow sebab busy.buibui semuaaaa :)




P/s: selamat hari lahir buat kawan(s) sayaa iaitu diana and azue.
semoga happy selalu dan berjaya duniaa akhirat.
saya sayang kamu bedua ♥
psstt  psst,birthday saya tak lame lagi.hihi
nak hadiah . bole tak ?huhu *tak maluu =.=''*  

 
© THIS IS YOURS!